Powered By Blogger

Tuesday, March 16, 2010

CUTI


Assalamualaikum,hai semua apa khabar??? Alhamdulillah dpt juga helmy update blog nie.so minggu nie cuti sek seminggu. yeah!!!.Nak cite pengalaman kat SABDA(SMS BAGAN DATOH)Hilir Perak nie.Semua org kat sana sporting termasuk cikgu tu yg best kat sana 2.Classmates aq pun kebanyakan mereka semua bijak2 dan mereka baik je walaupun kelas kami didakwa kelas yg paling senyap.HIDUP 4 AL-BATTANI KITA PASTI GEMPAK 2010-2011.Kehidupan diasrama nie mmg penuh cabaran,tp aq yakin disinilah tempat aq menuntut ilmu dan berpulun tenaga tuk menjadi dak cemerlang spm nanti,insyaALLAH.AMIN.Aq harap korang yg lain pun sama cam aq.Lepas balik nie,seminggu pastu aq ada hoki lak kat p.p.pasti gempaknyer sek2.aq nak jumpa koranglah jihan,khai,syah,fadhli,laila,bob,kimi,pougar,ikhtiar,ayie,naquaih,suhani,adiya,nabilah,atikah,balqis dan semua kwn2 aq di sek sana.Aq yakin korang mesti boleh berjaya dgn cemerlang tuk spm...Aq doakan korang berjaya.Cuti nie agak boring duk umah je,buat keje umah tido,makan minum tu jelah keje aq,cam ner badan x naik.hahaha

Oklah sampai di sini sajalah,jumpa di lembaran lain.
Assalamualaikum...

Friday, February 19, 2010

S.A.H.A.B.A.T

Apa yg dimaksudkan ngan SAHABAT???,menurut kamus dewan edisi ke3 pg1168 kawan,teman dan taulan.Sahabat akan sering bersama dgn kita sama ada sama ada gembira atau susah,yg nangis sama2 susah betul nak dicari.Semua sahabat aq bolehlah dikatakan boleh memahami aq dan aq pun paham diorang,cuma aq rasa aq macam terpinggir je kalau diorang xde.Sahabat tempat kita meluahkan rasa tidak puas hati dan masalah yg dialami.Seorang sahabat yg setia akan sentiasa bertanya khabar akan teman2 lamanya walaupun mereka berjauhanInilah sahabat yg ku cari selama ini yg belum ku temui

Sebelum kita mengenali dan mencintai seorang sahabat kita mestilah ingat apa yg selalu dipesan,bunyinya cam gini

Sebelum ingin mengenali seseorang,
Kenalilah diri sendiri,
Sebelum ingin kenali diri sendiri,
Hendaklah mengenali ALLAH S.W.T.

Kita juga memerlukan sahabat untuk memimpin ke jalan yg diredai ALLAH S.W.T.Jika kwn itu ikhlas kwn ngan kita,insyaALLAH berkekalan persahabatannya,jika sebaliknya ia akan membawa kita ke lurah kehancuran.Sahabat yg baik akan selalu mengamalkan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR dalam kehidupan sehariannya.

Helmy masih rindu dan ingat sahabat dan teman di smkbb 2,cuma kdg2 sakit aty ngan diorglah,harap diorg bahagialah hidup di dunia dan akhirat,amin :)
Sahabat nie bagaikan berjuta2 bintang di langit yg sentiasa terang walaupun berjauhan antara satu sama lain.Kwn2 baru di Bagan Datoh nie Helmy tgh nak cari yg sekepala dan sesuai utk dibuat teman belajar dan tawa.

OKlah sampai disini saja.ASSALAMUALAIKUM. :)
mohon maaf kalau ada yg tersinggung

Friday, February 12, 2010

Sekolah :)

Assalamualaikum,nie nak cite ckit ttg sek baru aq, 1st day aq masuk,SUBHANALLAH,besar betul tempat nie,nak gi ke dorm jalan cam nak dr bv ke bs,cam 2 kut,lps 2 buat kwn2 baru,banyak jugalah kwn2 yg baru dikenali,boleh tahan lah diorang.Semior2 semua sporting.first week,orientasi,boring betul,pastu ada pulak persembahan malam sabtu 6.2.2010.Helmy kumpulan turquiose(brrr brrr) menang malam2(happening gilerr).Lepas 2,hari isnin dah mula belajar,masuk kelas tgk classmate semua muka masih x seri2 lg,mungkin lepas nie kut.Belajar semua start dr basic balik,bgs3.boleh kuasai balik apa yg dah lepas.Cikgu2 semua berpengalaman.InsyaALLAH,boleh melakar kejayaan disini,Amin.

p/s:kwn2ku di bb,aq rindu korang,x sabar nak jumpa,pjg umur kita jumpa lg ye :)

Assalamualaikum,

SABDA

Sunday, January 31, 2010

Selamat Tinggal :(



Assalamualaikum,pd tarikh 29.1.10 aq telah pergi meninggalkan sek lamaku yg disayangi smkbb tuk selama2nya.Helmy akan belajar di SMS Bagan Datoh.SMKBB adalah tempat pertama belajar selepas sk.Susah nak lepaskan sek nie,tp ALHAMDULILLAH selepas mendapat keputusan yg sepatutnya dpt juga berpindah.Rindu juga nak pergi apabila terkenangkan kwn2 yg dr form 1 sampailah form 4.Kwn2 ku,Nur Jihan Shahirah,Khai,Syahashraf,Ena,Diyana,Khairi,Hafiz,Iwan,Shahir,Farris,Suhani,Kimi,Bob n ramai lg,Aq sayang korang and TQ FOR BEING A GOOD FRIENDS!!!
Diharap korang belajar ngan cemerlang kita boleh jumpa lg jika diizinkan oleh Yang Maha Mengetahui
Akhir kata: Selamat Berjaya !!!! :)

Monday, January 18, 2010

PETUA PELAJAR CEMERLANG.

35 petua pelajar cemerlang
Current mood: focused
Category: Writing and Poetry
PELAJAR CEMERLANG AKAN.....
akan menggunakan kedua2 belah otak kiri dan kanan.Ini dpt dilakukan dengan membuat aktiviti dengan merangsang kedua2 belah otak tersebut dan merangsang kesemua deria dlm pembelajaran.Kajian menunjukkan bahawa;_

a)kita ingat 10% apa yg dibaca
b)kita ingat 20% apa yg didengar
c)kita ingat 50% apa yg didengar dan dilihat
d)kita ingat 70% apa yg dicakapkan
e)kita ingat 90% apa yg dipraktikkan
1. Belajar secara aktif dgn pen/pensel ditangan
2. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tdk termasuk kerja rumah)
3. Belajar dlm persekitaran kondusif :-
a)pastikan cahaya adalah terang
b)kurangkan gangguan bunyi
c)tampal poster yg mengandungi slogan yg menaikkan smgt bljr
d)tampal gmbr2 yg menenangkan fikiran

e) kerusi dan meja menghadap kiblat
f) jangan lupa untuk senyum
4. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas,salin nota drpd rakan.
5. Mengulangkaji menggunakan kaedah output learning iaitu bljr utk melatih otak menggunakan maklumat yg terkumpul. Ini dpt dilakukan dgn membaca buku / nota,ingat kembali,lakar / tulis,sebut apa yg difahami dan jawab soalan.
6. Tahu teknik merangsang memori :-
a)memasukkan maklumat dlm memori (registration)
b)menyimpan maklumat dlm sel memori (retention)
c)mengingat kembali (recall)
d)menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application).
7. Sentiasa awal dan mendahului :-
a)persediaan awal akan memberikan permulaan yg baik dan memberikan tanggapan yg positif pd guru.
b)pelajar yg mendapat A dlm ujian lazimnya akan dpt mengekalkan kejayaannya.
c)belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan
8. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sblm guru mengajar.
9. Berbuat baik dgn guru. Sentiasa hormati dan sayangi guru.
10 Mempunyai teknik membaca dgn betul :-
a)duduk dgn tegak dan bernafas dgn btl.
b)memberikan tumpuan dgn sepenuhnya.
c)menggunakan jari telunjuk untuk membaca.
d)menyesuaikan kelajuan membaca dgn kesukaran bhn bacaan
11. Sentiasa mengawasi 'pencuri' waktu belajar iaitu angan2 kosong,bertangguh dan malas.
12. Membaca doa penerang hati setiap kali slps solat, sblm mengulangkaji dan sblm menghadapi peperiksaan.
13. Tdk membuang masa dgn bljr ketika letih.
14. Rehat sebentar slps 30 minit mengulangkaji.
15. Belajar mengikut waktu yg sesuai dgn diri
16. Bagaimanapun perlu tahu waktu2 yg sesuai untuk bljr iaitu sblm tidur, slps bangun tidur, slps mandi air pns, slps baca al-quran/zikir,slps riadah dan slps doa.
17. Mengulangkaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas slps belajar (kita akan lupa 80% slps bljr).
18. Mengulangkaji secara persendirian atau berkumpulan.
19. Tahu mengulangkaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sblm peperiksaan.
20. Mengulangkaji pelajaran secara berulang2 kali.
21. Mengulangkaji apabila mulai terlupa.
22. Tahu petua mengulangkaji :-
a)cari tmpt yg tenang dan serasi dgn jiwa kita.
b)duduk tegak dikerusi yg selesa.
c)baca doa penerang hati
d)baca buku atau nota mengikut teknik membaca yg betul.
e)fikir dan ingat kembali isi utama.
f)catat/lakar
g)semak semula ketepatan maklumat
h)ulang sebut atau ceritakan pada org lain
i)buat rumusan
j)jawab soalan
k)tampal maklumat yg rumit didinding
l)baca doa tanda kesyukuran slps bljr
23. Tahu memberi ganjaran pd diri sendiri slps belajar seperti membaca suratkhabar,melawat rakan dan sebagainya.
24. Tahu petua2 agar tidak lupa :-
a)jgn mkn kepala ikan
b)jgn mkn organ dalaman
c)jgn minum semasa mkn
d)jgn minum atau mkn mknn yg tercemar oleh semut
f)jgn melihat buih
g)jgn membaca nama pd batu nisan
h)bykkan mkn mknn yg mengandungi soya seperti tempe,tauhu dan lain2.
i)bykkan mkn kismis,kurma dan madu.
j)bykkan mkn kekacang
k)pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan.
l)jgn mkn sehingga terlalu kenyang.
m)jgn kencing berdiri.
25. Tahu kemahiran mengingat :-
a)Tampal nota2 penting didinding.
b)tukar perkataan,ayat atau definasi dlm bentuk gmbr atau rajah.
c)gunakan kaedah akronim.
d)reka cerita atau ayat mengenai konsep yg perlu diingat.
e)pecahkan maklumat kpd kumpulan kecil.
26. Cekap mengatur jadual bljr :-
a)mempunyai jadual bljr.
b)patuh kpd jadual
c)buat jadual yg blh diikuti
27. Tdk menagguh bljr disaat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sbg dorongan untuk bljr.
28 Cari maklumat mengenai subjek yg tdk diketahui.Sediakan perkara2 yg tdk diketahuidan dptkan penyelasaian dr org yg lbh arif.
29. Membina kepelbagaian dlm pembelajaran. Sebagai cnth, 1 hari dipelbagaikan cara dan topik utk bljr.
30. Menggunakan masa terluang utk mengulangkaji.
31. membawa nota kemana2 shj kecuali ke tnds.
32. Pelbagaikan tmpt bljr.
33. Menyedari guru2 adalah sumber ilmu yg terbaik. Tanya guru apabila tdk phm.
34. Menjadikan nota2 menarik seperti membuat corak, menggariskan isi2 penting dan sebagainya.
35. Ciri2 pljr cemerlang :-
a)taat kpd Allah
b)mendirikan solat
c)menghormati kedua2 ibubapa dan sentiasa mendoakan kebaikan mereka.
d)hormati dan sayangi guru
e)bersungguh2 dlm melakukan kerja utk mencapai kecemerlangan.
f)membantu rakan yg memerlukan
g)berdoa dan bersyukur kpd Allah
h)sentiasa bertawakal
HARAP HARAP DAPAT IKUT.

Saturday, January 9, 2010

PERJUANGAN SEORANG REMAJA BERMULA DI SINI


Assalamualaikum.Alhamdulillah ALLAH pjgkan umur pada hari ini lagi,sujud syukur padamu.Harap semua blogger sihat.Tahun ni bermulalah perjalanan helmy sebagai murid tingkatan 4 sesi 2010 di smkbbkl.Tahun ni dpt masuk ke kelas dedikasi kelas ke2.Perjuangan pd tahun ni akan susah memandangkan tahun dpn dah spm.Harap diberkati pertarungan di medan ilmu yg semakin mencabar kebelakangan mie.Didedahkan dengan subjek2 yg agak baru pd diri add maths,fizik,kimia,biologi dan penulisan esei dlm semua subjek harap diteguhkan hati dan iman untuk berjaya dgn cemerlang mcm tahun lepas.Rasa mcm nak tuntut ilmu hingga mati kerana org yg menuntut ilmu diberkati oleh ALLAH sehingga masuk ke dlm syurga.Doakan helmy berjaya dalam kehidupan ini dan yg akan dtg.


p:s secerdik-cerdik seseorang ialah org yang ingat kematian.

ASSALAMUALAIKUM

Friday, January 8, 2010

NEW BLOG!!!

ALHAMDULILLAH, i am Mohd Helmy have officially made this blog on 11.10p.m(malaysia).I hope when having this blog we can exchange more information and berukhwah with people around the world.So i hope what i'm doing is blessed by ALLAH.(aduh susahnya ckp b.i) hi Assalamualaikum,mohd helmy disini .baru buat blog harap best lah buat blog ni dpt berkongsi maklumat ttg dunia skrg ni.Akhir kata Majulah Islam di bumi ALLAH ini.Wasalam